Emas Tetap Emas

Hari Bertukar Hari... Tahun Berubah Tahun... Dekad Berlalu... Abad Berganti... Peradaban Dunia & Tamadun Manusia Juga Berubah. Namun Satu Benda Yang Tetap Sama Nilainya, Tetap Menjadi Buruan Manusia Tidak Mengira Bangsa, Agama atau Dari Negara Mana Asalnya, Emas Tetap Emas.

Semakin Dunia Menuju Ke Penghujungnya, Semakin Ramai Yang Mendambakannya... Kerana... Emas Tetap Emas... Kilauan Yang Didambakan Sepanjang Zaman.

Sunday, November 14, 2010

Promosi 1: Membeli Dari Serambi Emas




Kelebihan membeli emas dengan Serambi Emas.
1.      Pembeli hanya menyediakan 30% tunai dari harga semasa emas.
2.      Wakil Serambi Emas menyediakan emas dan membawa pelanggan ke Ar-Rahnu (sekiranya membeli dengan pihak lain anda perlu membayar jumlah penuh dahulu).
3.      Di Ar-Rahnu, emas tersebut disimpan dan dengan menggunakan tunai dari Ar-Rahnu, anda menyelesaikan baki hutang 70% lagi dengan Serambi Emas.
4.      Pembeli secara automatik menjadi 'Introducer' kepada Serambi emas dan menerima komisen RM500 untuk setiap belian dari setiap orang yang membeli melaluinya (proses semuanya dijalankan wakil Serambi Emas).
5.      Ini akan menjana pendapatan dan membantu pelanggan membayar semula upah simpan dan ansuran kepada Ar-Rahnu.
Hubungi kami dan menjadi rakan di laman rasmi facebook kami. Cari Serambi Emas. Anda boleh menghantar sebarang soalan dengan menghantar mesej kepada kami.

Teknik 1: Bagaimana Membeli Sekiranya Wang Tidak Mencukupi, Faedahnya & Riskonya

Kini anda telah berjaya menguasai 100 gram emas fizakal tersebut pada harga masa kini. Anda hanya perlu membayar secara ansuran atau jumlah penuh kepada Ar-Rahnu semula untuk memiliki hak sepenuh emas anda.
Faedahnya adalah nyata - anda membeli emas pada harga semasa berbanding dengan mengumpul wang dan membeli pada harga yang lebih mahal di masa akan datang. Anda juga boleh membayar upah simpan sahaja kepada Ar-Rahnu sekiranya anda belum dapat membayar ansuran tersebut.  Adakah cara ini lebih baik dari pinjaman lain kerana pinjaman lain ada amaun tertentu yang wajib dibayar setiap bulan.
Apakah Risiko kepada anda - anda perlu sedar bahawa ada kos tambahan yang wujud iaitu upah simpan yang mesti dibayar sebelum tamat tempoh 6 bulan. Kos tambaham ini adalah sebanyak 7.8% -9% setahun..

Thursday, November 11, 2010

Informasi 2 : Memahami Konsep Memiliki Emas Dengan Pinjaman Ar Rahnu

Pernahkah anda terfikir bahawa membeli emas adalah sama ertinya seperti anda membeli sebuah rumah atau tanah atau apa-apa aset yang lain. Kita sering terlupa bahawa emas juga merupakan aset. Oleh kerana kita hanya memandang emas sebagai barang perhiasan maka pihak yang mendapat keuntungan selalunya golongan yang terlibat di dalam perniagaan emas. Namun begitu, kini saya percaya ramai yang semakin sedar akan perkara ini.
Cuba kita buat penelitian terhadap aset lain seperti rumah dan tanah. Apakah hasil yang kita perolehi dari memilikinya? Kita akan mengaitkan rumah dan tanah petempatan dan juga aset yang mampu memberi kenaikkan nilai selepas tempoh tertentu. Kini gantikan rumah dan tanah kepada emas. Sama bukan?
Ada pihak yang akan mengatakan bahawa rumah atau tanah boleh dibeli melalui pinjaman. Emas tidak. Di sinilah sebenarnya kekeliruan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Mereka terlupa bahawa konsep Ar Rahnu hampir sama dengan konsep membeli rumah atau tanah. Kami akan cuba jelaskan dengan cara yang termudah untuk difahami. Saya akan bahagikan kepada beberapa proses.
Pertama = Proses Membeli.
Membeli rumah atau tanah, tidak perlu bayar harga penuh rumah tersebut. Hanya membayar bayaran pendahuluan (lebih dikenali sebagai duit muka). Proses pertama adalah antara anda dan pemaju atau pemilik tanah.
Kedua = Pinjaman Dari Bank
Proses kedua ini melibatkan pihak ketiga iaitu bank memberi anda pinjaman untuk menjelaskan bagi pihak anda, baki bayaran yang masih anda berhutang dengan pemaju atau pemilik tanah.
Ketiga = Bayaran Semula
Anda kini berhutang dengan pihak bank. Ini kerana pihak bank telah membayar hutang anda dengan pemaju atau pemilik tanah. Bank akan menetapkan bayaran bulanan pinjaman beserta kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (perbankan Islam) yang mesti dibayar setiap bulan.
Keempat = Memiliki Sepenuhnya Atau Menjual
Anda memiliki pilihan di sini. Sama ada anda ingin membayar hingga selesai pinjaman tersebut dan menjualnya, atau anda melihat kadar kenaikkan rumah atau tanah tersebut. Sekiranya harganya naik tinggi anda mungkin menjualnya lebih awal sekiranya hutang anda dengan bank dapat dibayar penuh dan mendapat lebihan tunai tambahan daripada jualan tersebut (membuat keuntungan).

Sebenarnya konsep ini juga boleh dipraktikkan dengan menggunakan kemudahan kredit yang ditawarkan Ar Rahnu. Proses yang sama sahaja dari proses pertama hinggalah proses keempat.
Malah terdapat beberapa kelebihan lain lagi yang terdapat pada emas. Saya akan nyatakan kelebihannya di bawah ini;
1. Pembelian emas boleh dimulakan secara kecil-kecilan dengan konsep ini. Ia bermodalkan serendah RM5000 dan selebihnya berdasarkan kemampuan anda. Sekiranya tanah atau rumah pasti lebih.
2. Sistem Bayaran Semula Ar Rahnnu, tidak mewajibkan anda membayar pokok pinjaman setiap bulan. Apa yang wajib adalah bayaran upah simpan setelah 6 bulan ia di bawah simpanan bank.
3. Faedah dari kenaikkan harga boleh diambil bila-bila masa sekiranya berlaku kenaikkan harga (bahagian ini saya rasa perlu penjelasan lebih mendalam, tetapi tiada apa yang terselindung).
4. Tiada "locking period", di mana anda boleh membayar penuh pada bila-bila masa (sekiranya membeli tanah atau rumah, walau anda selesaikan segala pinjaman awal di dalam tempoh "locking period", anda tetap akan dikenakan penalti).
5. Tiada dokumentasi untuk menyemak kemampuan anda membayar semula pinjaman. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan. Tidak seperti membeli tanah atau rumah. Pinjaman untuk emas memberikan anda kelayakan membeli 100% selagi anda tidak diisytiharkan muflis.
Memandangkan sudah ada kemudahan kredit sebegini, mengapa anda perlu tunggu lebih lama lagi. Harga emas dijangkakan akan meningkat jauh lebih tinggi lagi pada tahun–tahun mendatang. Untuk anda membeli aset lain, modal yang anda perlukan jauh lebih tinggi. Anda boleh bertindak sekarang untuk berjimat atau bertangguh dan membayar harga yang lebih tinggi lagi di masa akan datang.

Sunday, November 7, 2010

Informasi 1 : Susutnya Nilai Tunai Setiap Tahun Berbanding Emas

Pada posting ini, saya hanya ingin berkongsi fakta-fakta mengenai kelemahan tunai di dalam menyimpan kuasa beli.

Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?

Pelbagai fakta kita cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.

Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.

Jadi, sekiranya anda menyimpan wang di dalam bank selama 1 tahun dan mendapat pulangan katakan 8% setahun, jangan terlalu gembira. Ini kerana itu merupakan pendapatan kasar anda. Dapatkan laporan kadar inflasi negara dahulu untuk tahun tersebut, barulah anda tolakkan dengan apa yang anda terima.

Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan. Saya berharap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku.

Terima Kasih

Selamat Datang Ke Serambi Emas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
2008 merupakan tahun kami  memulakan perniagaan emas secara serius. Dengan penubuhan syarikat secara rasmi, kami  memulakan langkah awal cuba mendominasi pasaran emas jongkong. Ketika itu, perniagaan emas wafer atau jongkong ini tidak sehangat apa yang ada pada hari ini. Ketika itu masyarakat sangat sukar memahami konsep memiliki emas sebagai simpanan atau pelaburan. Tugas untuk mendidik masyarakat untuk memberi kefahaman kepada sesuatu yang baru adalah satu tugas yang sukar, namun begitu Alhamdulillah, kami berjaya mengatasinya.
 Kami  tidak ingin bercerita panjang lebar mengenai pengalaman tersebut, tetapi terdapat satu mesej yang sangat penting yang kami  ingin sampaikan iaitu penigkatan harga emas terus menerus.
Pada tahun 2008, harga emas pada  bulan Mac & April, adalah disekitar RM10,200 - RM10,400 sahaja untuk setiap 100gram. Kini, baru melepasi tempoh 2.5 tahun, harganya telah mencecah RM 16,000 untuk setiap 100gram. Ini merekodkan kenaikan harga emas sebanyak 57%.  Dapatkah anda bayangkan berapakah perbezaan peningkatan yang diperolehi melalui emas.
 Di blog ini, kami  ingin berkongsi cerita serta teknik-teknik untuk anda sebagai pembeli individu, korporat, institusi dan koperasi yang terlibat di dalam simpanan, pelaburan dan perniagaan emas untuk mendapat maklumat yang betul, tepat dan terkini. Melalui 'posting' akan datang kami akan bercerita lebih lanjut serta memberikan pelbagai fakta-fakta yang menarik tentang emas.
 Wassalam
Salam Hormat dan Terima Kasih
Serambi Emas